Home » Citra Yadim » Mujahid sampaikan watikah pimpinan RSY

Mujahid sampaikan watikah pimpinan RSY

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 18 Januari telah menyampaikan surat watikah pelantikan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RSY YADIM) dalam satu majlis di sini.

Seramai 37 orang pelajar dari pelbagai institusi pengajian tinggi seluruh negara menerima watikah berkenaan termasuk tiga orang pimpinan bukan Muslim.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz, ahli ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, ketua ketua jabatan kerajaan dan pengurusan tertinggi badan agama ini.

Watikah pelantikan turut disampaikan kepada Majis Penasihat Kepimpinan Muda YADIM.

Mereka yang menerima watikah pelantikan ini adalah untuk sesi 2020 hingga 2021.

Mujahid dalam ucapannya berkata, golongan kepimpinan muda seperti RSY adalah sesuatu yang sangat dekat dan diutamakan beliau.

“Malah dalam gagasan negara rahmah, elemen mahasiswa memang kita letak sebagai sesuatu yang sangat penting untuk kita bina generasi yang menyambung legasi negara kita,” jelas beliau.

Katanya lagi, RSY adalah model contoh untuk belia dan remaja untuk peringkat kampus, sesuai dengan golongan mahasiswa.

Mujahid turut melahirkan harapan, agar dalam merangka program RSY kelak, mereka mengelak daripada menggunakan elemen dan naratif perkauman sempit, ektremisme agama dan bahan bahan di luar kerangka positif.

Terdahulu Nik Omar berkata menerusi RSY, YADIM mahu menyumbang kepada bidang dakwah negara menerusi platform generasi muda.

“Terdapat salah faham apabila kita bercakap tentang dakwah, hakikatnya ia bukan semata mata menjatuhkan hukuman, bukan juga bukan sekadar mengajak masyarakat untuk masuk Islam.

“Pimpinan RSY yang turut dianggotai oleh bukan Muslim membuktikan ia mengajak kepada silang budaya yang mempromosikan kerharmonian,”ujarnya.

RSY ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan kepimpinan pelapis masa depan negara dan masyarakat yang beridealisme Islam dan berjiwa dakwah yang memahami dan menghayati Gagasan Rahmatan Lil Alamin.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *