Home » Citra Yadim » 50 keluarga terima sumbangan YADIM

50 keluarga terima sumbangan YADIM

KENINGAU – Sebanyak 50 keluarga di Kampung Meninipir di sini menerima sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam program Konvoi Rahmah hari ini (23 November).

Antara yang menerima sumbangan termasuklah warga emas, anak anak yatim dan asnaf yang memerlukan.

Konvoi berkenaan merupakan kemuncak kepada program Kembara Malaysia Rahmah 2019 Peringkat Negeri Sabah yang diadakan selama dua hari bermula semalam.

Selain pegawai dan kakitangan YADIM, ia turut disertai oleh 30 ahli kumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi ‘Keningau Bikers Club’.

Turut serta ialah Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki, Pengarah Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM), Syahrizal Mat, Pengarah Bahagian NGO, Mohd Fitri Aziz Yusof, wakil Pejabat Daerah Keningau, serta Presiden Keningau Bikers Club, Rahmat Saman.

Sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM itu diberikan tanpa mengira latar belakang penerima, selaras dengan hasrat badan dakwah itu menyebarkan rahmah Islam.

Menurut Samin, Kampung Meninipir dipilih atas cadangan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah,Saifulzaman @ Setibin Sanggul.

“Saifulzaman berpandangan kampung ini memiliki kepelbagaian penduduk… dan pun kami tiada halangan mengenainya,” kata beliau.

Bercakap mengenai rahmah, Samin berkata YADIM menjalankan kerja dakwah tanpa mengira agama kerana rahmah Islam itu untuk semua.

Dalam konteks Sabah jelasnya, semua pihak disantuni YADIM dalam menjalankan kerja dakwah.

“Uniknya di Sabah kerana kepelbagaiannya,ada ibubapa yang bukan Islam, tetapi anak anaknya sudah memeluk agama ini. Ada abang yang sudah Islam tetapi adiknya belum, kita santuni semua,” ujarnya.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *