Home » Citra Yadim » 500 sukarelawan JPPKK sertai CSR Rahmah Tambun

500 sukarelawan JPPKK sertai CSR Rahmah Tambun

IPOH – Hampir 500 sukarelawan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) turun padang menggerakkan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Rahmah Tambun bermula Khamis lalu dan berakhir pada 21 Oktober.
Sukarelawan tersebut terdiri daripada peserta Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Madani POLYCC 2023 dan kakitangan Politeknik Ungku Omar (PUO).
Program dengan kerjasama YADIM ini menyantuni enam lokasi di Tambun iaitu Masjid Jamek Al-Taufiqah Taman Klebang Jaya, perkampungan Orang Asli Kampung Tonggang dan Kampung Sungai Badok, Rumah Anak Yatim Yayasan An-Nur Maisarah, Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman serta Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin 7.
Sebanyak 163 Bakul Rahmah diedarkan dalam program ini yang turut melibatkan kerja kerja pendawaian semula empat kediaman penduduk Orang Asli.
Turut diadakan ialah pembersihan surau, program Pemantapan Solat oleh Bahagian Pembangunan Du’at YADIM, gotong royong keceriaan, pertandingan kuiz dan mewarna.
Program ini turut mendapat kerjasama pelbagai agensi antaranya Pejabat Ahli Parlimen Tambun, Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabatan Agama Islam Perak, Jabatan Kemajuan Orang Asli Daerah Kinta, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Turun padang dalam program ini termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin, Pengarah PUO, Dr Shamsuri Abdullah, Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Encik Ahmad Saparudin Yusup dan Pengarah Bahagian Khidmat Bakti YADIM, Puan Hafsah Husain.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *