Home » Citra Yadim » Kedai Buku YADIM di Jelajah Hari Terbuka Malaysia Madani

Kedai Buku YADIM di Jelajah Hari Terbuka Malaysia Madani

ALHAMDULILLAH… Hari kedua penglibatan Kedai Buku YADIM di Jelajah Hari Terbuka Malaysia Madani, Unisel Depani di Dataran Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat terus menerima sambutan menggalakkan pengunjung.
Mereka tidak melepaskan peluang mendapatkan naskhah-naskhah istimewa terbitan YADIM serta cenderamata yang ditawarkan.
Reruai Kedai Buku YADIM turut dikunjungi Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman yang disambut mesra oleh Pengarah YADIM Selangor, Encik Fitri Aziz Yusuf.
Program ini dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Sepat, Yang Berhormat Tuan Haji Borhan Aman Shah.
Reruai Kedai Buku YADIM dibuka hari ini hingga jam 11 malam. Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi kami.
Dapatkan terbitan istimewa YADIM seperti Sirah Nabawiyah, 1000 Tahun Menelusuri Fiqh Alam Melayu, beg totte dan banyak lagi!

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *