Home » Langit Terbuka » 52 calon STAM Maahad Ahmadi Gemencheh peroleh mumtaz

52 calon STAM Maahad Ahmadi Gemencheh peroleh mumtaz

TAMPIN 18 Jan. – Seramai 52 daripada 87 calon STAM 2017 Maahad Ahmadi Negeri Sembilan (MANS) Gemencheh memperolehi sijil pangkat Mumtaz (cemerlang), hari ini.

Pengetuanya, Abdul Rahim Maamor berkata, daripada jumlah berkenaan tujuh daripada pelajar mendapat pangkat Mumtaz Sofi.

Menurutnya, seramai 35 calon mendapat keputusan Jayyid Jiddan (sangat baik), dua calon memperoleh Jayyid (baik) dan tiada calon memperoleh Maqbul (lulus) mahupun gagal kali ini.

“Pada tahun lalu, seramai 40 calon berjaya mendapat keputusan mumtaz dan tahun ini terdapat pertambahan calon yang berjaya mendapat keputusan mumtaz.

“Kita percaya kejayaan ini adalah hasil dari kerjasama semua guru, pelajar, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, dan juga Kerajaan Negeri dalam memastikan lebih banyak pelajar cemerlang dari sekolah agama dapat dilahirkan,” katanya selepas pengumuman serta penyerahan keputusan STAM 2017 di MANS, di sini, tadi.

Turut hadir, Penolong Pengarah Akedemik JHEAINS, Nazri Norawai. – SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *