Home » Langit Terbuka » Webinar IBFIM dengan Tan Sri Abdul Wahid Omar

Webinar IBFIM dengan Tan Sri Abdul Wahid Omar

Webinar selama sejam ini akan dikendalikan dalam bahasa Inggeris dengan tajuk ‘A Conversation with YBhg. Tan Sri Abdul Wahid Omar’ dan adalah menerusi jemputan sahaja. - Foto IBFIM

KUALA LUMPUR – Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) akan menganjurkansebuah seminar web (webinar) pada 12 Mei ini (Selasa) jam 11 pagi.

Sesi webinar ke 10 ini akan menampilkan seorang tetamu cukup isteimewa iaitu Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Beliau kini merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Bursa Malaysia sejak 1 Mei lalu. Wahid juga adalah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia.

Webinar selama sejam ini akan dikendalikan dalam bahasa Inggeris dengan tajuk ‘A Conversation with YBhg. Tan Sri Abdul Wahid Omar’ dan adalah menerusi jemputan sahaja.

Mereka yang berminat boleh mendaftar di https://www.bigmarker.com/ibfim/IBFIM-Webinar-Series-A-Conversation-with-YBhg-Tan-Sri-Abdul-Wahid-Omar .

IBFIM dan YADIM telah lama menjalin kerjasama antara keduanya menerusi penganjuran program program kesedaran dalam bentuk  Seminar Pengurusan Kewangan Islam, Pelaburan Patuh Syariah, Perbankan Islam, Program Celik Muamalah dan Takaful.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *