Home » Langit Terbuka » Ngo Palestin hargai bantuan dari Malaysia

Ngo Palestin hargai bantuan dari Malaysia

Sumbangan bagi membendung Covid-19 dari Malaysia menunjukkan hubungan kuat, persaudaraan antara dua negara dan bukti solidariti berterusan Malaysia dengan Palestin dalam semua keadaan. - Foto PCOM

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) hari ini (10 Mei) menyifatkan bantuan perubatan, termasuk peralatan perlindungan diri (PPE), yang dihantar Wisma Putra ke Palestin bagi membendung COVID-19 sebagai bukti hubungan baik kedua-dua negara.

Bantuan disampaikan ke Palestin melalui kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia itu juga menggambarkan solidariti berterusan Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin.

Pengerusi PCOM, Muslim Imran dalam suratnya kepada Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, warga Palestin amat menghargai bantuan dari Wisma Putra itu.

“Bantuan ini menunjukkan hubungan kuat, persaudaraan antara dua negara dan bukti solidariti berterusan Malaysia dengan Palestin dalam semua keadaan,” katanya dalam surat kepada Hishammuddin bertarikh 7 Mei itu yang dihantar kepada AlHijrah Online hari ini.

Muslim turut memuji usaha kerajaan Malaysia, khususnya tim perubatan, polis dan tentera yang bersungguh-sungguh mengekang penularan COVID-19.

“Kami berdoa kepada Allah SWT agar Malaysia dan masyarakat dunia menang dalam perang melawan penyakit ini,” kata Muslim.

Antara NGO Malaysia yang menghantar bantuan ke Palestin sejak sekian lama ialah Viva Palestina Malaysia, Aman Palestin, Muslim Care, Cinta Gaza Malaysia, Mercy Malaysia, Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) dan MAPIM. — AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *