Home » Langit Terbuka » Warga asing masih tak dibenarkan solat jemaah di masjid

Warga asing masih tak dibenarkan solat jemaah di masjid

Jawi ingin mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak berkuasa di Wilayah Persekutuan sebelum membenarkan warga asing menunaikan solat di masjid ekoran PKPP. - Foto Bebasnews

KUALA LUMPUR – Warga asing masih tidak dibenarkan menunaikan solat berjemaah termasuk solat Jumaat di semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Mohd Ajib Ismail berkata, ia berikutan Jawi ingin mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak berkuasa di Wilayah Persekutuan seperti diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN).

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan membenarkan warga asing bekerja di negara ini menunaikan solat berjemaah di masjid mulai 1 September ini.

“Bagaimanapun mereka perlu berdaftar dengan pihak masjid dan mematuhi SOP ditetapkan,” katanya. – Harian Metro

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *