Home » Langit Terbuka » Pakai pakaian tradisi bukan Islam bukan satu kesalahan

Pakai pakaian tradisi bukan Islam bukan satu kesalahan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. - Foto Projek MM

PUTRAJAYA – Tidak menjadi satu kesalahan bagi umat Islam mengenakan pakaian bukan Islam khususnya dalam mana-mana majlis sebagai pakaian tema dengan syarat ia menutup aurat serta mematuhi syariat Islam.

Demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sambil menambah mempromosikan pakaian budaya lain tidak menjadi kesalahan selagi mana tidak bertentangan dengan akidah.

“Dari sudut ini, saya tak kata (salah), kalau ia budaya tak jadi satu kesalahan. kalau dalam Islam, mesti menutup aurat kena ada terma pakaian yang diizinkan.

“(Asalkan) tidak menyerupai dalam bentuk keagamaan yang berlainan dengan agama Islam. Maka yang itu dibenarkan dengan kesopanan dan tatasusila,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sambutan Hari Merdeka peringkat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), di Kompleks Islam, pada 27 – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *