Home » Citra Yadim » 59 keluarga terima sumbangan bantuan banjir YADIM Sarawak

59 keluarga terima sumbangan bantuan banjir YADIM Sarawak

KUCHING – Situasi banjir di negeri ini yang belum pulih diambil perhatian sepenuhnya oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak.

Sehubungan dengan itu, pada 16 Januari, YADIM Sarawak telah mengatur gerak kerja untuk menyampaikan sumbangan kepada beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sini.

Antara yang disantuni ialah PPS Sekolah Kebangsaan Kampung Endap (15 keluarga), Dewan Masyarakat Lubok Buntin (empat keluarga)PPS Dewan Kampung Seniawan Jepon ( 12 keluarga) serta PPS Kampung Rimba Padi ( 28 keluarga) dengan jumlah keseluruhan 59 keluarga.

Bagi memastikan usaha ini berjalan lancar, lima kenderaan pacuan empat roda milik YADIM dan rakan badan bukan kerajaan (NGO) digerakkan serta sebuah Toyota Alphard dan sebuah Perodua Bezza.

Seramai 17 sukarelawan terlibat iaitu dari Hornbill Triton Club, Perkepis, Angkatan Belia Islam Malaysia Sarawak, Nasruddin Care serta Sukarelawan YADIM.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *