60 asnaf Kampung Bahagia terima sumbangan YADIM Kelantan

0
450

KUALA KRAI – Prihatin dengan nasib dan keadaan sukar menimpa penduduk Kampung Bahagia di sini,Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 22 November lalu telah menyantuni asnaf yang memerlukan di kawasan tersebut.

Kampung Bahagia dipilih dalam program YADIM Peduli : Ziarah Rahmah ini kerana kedudukannya yang terpencil menyebabkan pelbagai kesukaran, terutamanya melibatkan pengangkutan.

Dipecahkan kepada dua kumpulan, pegawai dan YADIM Kelantan dan ahli Kelab 4×4 Tanah Merah bergerak ke Kampung Bahagia seawal jam 8.30 pagi dari Kota Bharu.

- advertisement -

Meskipun cuaca buruk menyukarkan perjalanan, namun ia tidak mematahkan semangat pegawai dan kakitangan YADIM Kelantan dan para peserta program ini.

Kelab 4×4 Tanah Merah menempuh kesukaran melalui laluan tidak berturap selama dua jam 30 minit, manakala satu lagi pasukan mengambil masa 40 minit menggunakan sungai sebelum sampai ke destinasi.

Sebaik kedua dua pasukan sampai, mereka terus mengadakan acara seperti sambutan Maulidur Rasul,jamuan makan bersama 500 penduduk serta acara utama, penyerahan sumbangan barangan keperluan harian kepada 60 keluarga di kampung tersebut.

Pengisian lain program termasuklah sesi kuliah Asar dan Maghrib kepada penduduk oleh penceramah jemputan YADIM dari Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu, Ustaz Hashim Mohamad.

Majlis ini mendapat kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Bahagia, Ketua Jajahan Kuala Krai, Dr Nik Azlan Abdul Hadi serta polis daerah Kuala Krai diketuai Supritendan Suzaimi Mohammad.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here