Home » Citra Yadim » 60 pek makanan untuk komuniti India Sungai Petani

60 pek makanan untuk komuniti India Sungai Petani

SUNGAI PETANI – Beberapa aktiviti menyantuni komuniti India di negeri ini telah diadakan sempena Deepavali yang akan menjelang pada Khamis (4 November ini).

Selepas Bandar Darulaman sebelum ini, pada 2 November dengan kerjasama rakan rakan badan bukan kerajaan, komuniti India di sini pula disantuni menerusi pemberian 60 pek makanan.

Mengambil semangat Keluarga Malaysia dan hasrat menyantuni mereka sempena Deepavali, program telah diadakan di Padang Awam Taman Sejati serta diedarkan pula di sekitar di Taman Keladi di sini.

Hadir menyampaikan sumbangan ialah Pengarah YADIM Kedah Ustaz Mohd Aizat Zakaria.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Sidam, Yang Berhormat Dr. Robert Ling Kui Ee, yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Alam Sekitar Perpaduan, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam Kedah, Pengerusi badan bukan kerajaan SAHARA Sungai Petani, Toibah  Sulaiman, Pemimpin Komuniti India Sungai Petani, Bala Raja a/l Manikam dan Penasihat Pertubuhan Belia Sejahtera Sungai Petani, Ustaz Aizat Abdullah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *