Home » Citra Yadim » Sumbangan Deepavali sempena Bulan Dakwah

Sumbangan Deepavali sempena Bulan Dakwah

PEKAN LAMA – Sehari sebelum masyarakat India menyambut Deepavali, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 3 November terus menyantuni rakan rakan daripada kaum tersebut  yang kurang berkemampuan. 

Seramai 20 keluarga disantuni dengan pemberian barangan keperluan di sini.

Program yang dijayakan bersama rakan badan bukan kerajaan ini, dihadiri oleh wakil Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Merdeka, Ustaz Saiful Azri Ahmad, Pengerusi Masjid Al Muhsinin Kampung Raja, Ustaz Haji Alias Che Nus, Pengerusi Persatuan India Muslim Malaysia (MIRA), Ustaz Syazwan Menon dan Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Ustaz Abdul Rahman Abdullah.

 Hadir sama ialah wakil masyarakat India Sungai Petani, Kumar a/l Ganesan.

Program menyantuni komuniti bukan Muslim ini ialah sebahagian pengisian untuk Bulan Dakwah 2.0 YADIM Kedah.

Semoga sedikit sumbangan ini akan meringankan beban dan menambah keceriaan mereka menyambut Deepavali

 

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *