Home » Citra Yadim » 600 keluarga kakitangan penjara di Kedah disantuni.

600 keluarga kakitangan penjara di Kedah disantuni.

SUNGAI PETANI – Penjara Sungai Petani di sini menjadi lokasi ketiga program menyantuni keluarga kakitangan penjara di negeri ini oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Sebanyak 150 set barangan keperluan harian disumbangkan kepada mereka yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di kawasan tersebut.

Sumbangan disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif YADIM,Tuan Kamarul Arief Tuan Soh kepada Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Penjara Sungai Petani, Rosmizal Abdullah.

Hadir sama ke majlis ini ialah Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Yang Berhormat Ustaz Haji Fadzli Hashim.

YADIM dan Penjara Sungai Petani telah menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang selama 13 tahun.

Antara kerjasama tersebut termasuklah penganjuran kelas motivasi, pengisian kerohanian dan sebagainya.

Sementara itu, secara keseluruhan, seramai 600 keluarga kakitangan penjara di negeri ini disantuni YADIM pada 28 Oktober.

Sejumlah RM30,000 diperuntukkan bagi tujuan ini.

Selain Sungai Petani, sumbangan juga disampaikan kepada Penjara Pokok Sena (300 set) dan Alor Setar (150 set).

Turut dilaksanakan pada hari yang sama ialah penyampaian sumbangan bernilai RM2,000 kepada pihak pengurusan Maahad Jabal Nur di Semeling, yang ditimpa musibah kebakaran pada 15 Ogos lalu.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *