Home » Citra Yadim » Hampir RM80,000 untuk kakitangan penjara di Kedah, Pulau Pinang, Perak.

Hampir RM80,000 untuk kakitangan penjara di Kedah, Pulau Pinang, Perak.

TAIPING – Hampir RM80,000 diperuntukkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk menyantuni keluarga kakitangan penjara di negeri negeri utara Semenanjung Malaysia.

Kesemua mereka, yang menerima sumbangan barangan keperluan harian, terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Penjara Pokok Sena, Alor Setar, Sungai Petani, Seberang Perai dan Taiping di sini.

Program ini dianjurkan YADIM dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia dan pihak kerajaan negeri.

Bermula 28 Oktober, seramai 600 keluarga menerima manfaat program ini di Kedah dengan peruntukan sebanyak RM30,000.

YADIM juga menyumbang RM2,000 bagi tujuan pengurusan untuk Maahad Tahfiz Jabal Nur di Semeling yang sebelum ini terbakar.

Manakala pada 29 Oktober pula, seramai 381 keluarga disantuni di Penjara Seberang Jaya sebelum 400 keluarga di Penjara Taiping juga menerima sumbangan yang sama dengan jumlah peruntukan RM41,100.

Maahad Saidatina Aisyah Al Banat di Seberang Jaya pula telah menerima sumbangan RM1,000 daripada YADIM.

YADIM juga pada 25 Oktober menyalurkan bantuan kepada 130 keluarga di Penjara Reman Pulau Pinang.

Usaha yang sama juga dirancang untuk diadakan di beberapa lagi penjara di lokasi lain.

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *