Home » Citra Yadim » YADIM Sarawak santuni Maahad Tahfiz Husnul Khatimah dan Maahad Rabbani Kampung Reban

YADIM Sarawak santuni Maahad Tahfiz Husnul Khatimah dan Maahad Rabbani Kampung Reban

SIMUNJAN – ‘Kick start’ untuk siri Program Ihya Ramadhan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Sarawak dimulakan dengan menyantuni Maahad Tahfiz Husnul Khatimah, Kampung Semerah Padi dan Pondok Rabbani Kampung Serpan pada 13 April.

YADIM Sarawak diwakili oleh pegawainya Zamri Bali dan Mohd Subri Rafae, telah melawat Maahad Tahfiz Khusnul Khotimah dan menyerahkan 10 kotak barangan keperluan harian kepada mudir Maahad bagi menampung serba sedikit keperluan mereka.

Pada masa yang sama, YADIM Sarawak turut menyerah 30 buah naskah Al-Quran bersama Surah Yaasin kepada Ustaz Muhammad Azri Izzat Rasidi, Setiausaha Lembaga Maahad Rabbani Pondok Kampung Reban untuk keperluan Maahad tersebut.

Naskah Al-Quran tersebut merupakan sumbangan daripada Maahad Tahfiz Nur Syafaat, Johor yang mengamanahkannya kepada YADIM Sarawak untuk diagihkan kepada institusi-institusi yang memerlukan.

Sebanyak 381 naskah Al Quran, 20 buah buku Iqra, dan 100 buku Yassin telah diterima dan akan diagihkan dalam bulan Ramadan ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *