Home » Citra Yadim » Ijtimak Asatizah Malaysia anjuran YADIM titik penyatuan umat

Ijtimak Asatizah Malaysia anjuran YADIM titik penyatuan umat

KUALA LUMPUR – Ijtimak Asatizah Malaysia 2022 anjuran YADIM yang diadakan pada 18 Jun diharap akan menjadi titik penyatuan khususnya buat umat Islam di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary berkata, beliau mengharapkan agar ijtimak ini menjadi satu wadah perkongsian pendapat antara agamawan dalam membina penyelesaian atas kekeliruan yang berlaku.

“Saya mengharapkan agar ijtimak ini menjadi satu wadah perkongsian pendapat antara agamawan dalam membina penyelesaian atas kekeliruan yang berlaku.

“Saya berbesar hati menghadirkan diri ke ijtimak asatizah ini dengan harapan dapat melihat pemurnian perbezaan aliran pemikiran dalam kalangan agamawan dengan pendekatan percambahan minda yang sihat antara satu sama lain,” ujarnya ketika merasmikan ijtimak ini.

Hadir sama ke ijtimak ini ialah Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia, Ustaz Najhan Shahir Halim, wakil wakil badan bukan kerajaan dan ramai lagi.

Ijtimak ini menghimpunkan nama nama besar ulama dan ilmuan Islam dari seluruh negara.

Antara yang hadir membentangkan kertas kerja ialah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Haji Salleh, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub dan Dr Abdul Abdul Basit Abdul Rahman,

Hampir seribu peserta hadir ke program selama sehari di Masjid Wilayah Persekutuan ini, yang mempunyai objektif untuk menyatukan pendapat antara agamawan, menyelesaikan kekeruhan dan kekeliruan dalam pandangan agama, membina kekuatan dan penyatuan umat Islam dan membina fikrah islami yang betul dan sahih.

Pada majlis ini juga dilancarkan lagu baharu YADIM berjudul ‘Lestari Dakwah’.

Ustaz Nasrudin ketika melancarkan lagu inj berkata, ia bukan sekadar untuk nyanyian, tetapi juga untuk diambil semangat dalam usaha melestari gerakan dakwah di negara ini.

Beliau juga merupakan penulis lirik bersama dan penerbit lagu ini. Ia kemudiannya dinyanyikan di khalayak pertama kali oleh kumpulan nasyid popular Shoutul Amal.

Turut dilancarkan dalam majlis ini ialah kempen ‘I Love Muhammad’ oleh Datuk Ahmad Marzuk.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *