“Saya hanya menumpang doa kedua mereka sahaja,”

PETALING JAYA – “Sejujurnya saya tidak menyangka akan memenangi anugerah ini. Saya amat berterima kasih kepada ibu dan abah saya yang banyak mendoakan saya.

“Saya hanya menumpang doa kedua mereka sahaja,” ujar pemenang Anugerah Perdana Daie Muda YADIM (DMY), Aiman Khair Abdul Rahman, 22 selepas Pentas Akhir Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) di Auditorium Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) di sini pada 1 Disember.

Mempamerkan persembahan cukup santai dan bersahaja namun penuh dengan faktta, beliau yang menggunakan gelaran Daie Aiman ternyata berjaya menarik perhatian ramai dan pihak juri, lantas membolehkannya turut memenangi Anugerah Daie Muda Murabbi pada masa yang sama.

Daie Aiman merupakan peserta paling muda untuk sesi kali ini, berasal dari Sabak Bernam, Selangor, dan kini sedang bercuti daripada pengajiannya di Universiti Al Azhar, Mesir.

Selaku juara Pentas Akhir ADMY beliau membawa pulang wang tunai RM 15,000 tajaan YADIM, tiket pakej umrah tajaan Agami Group Sdn Bhd, bar emas tajaan Koperasi Makmur Malaysia Berhad, Rehal Diraja Emas, tajaan D’Rehal Official, produk kesihatan tajaan Halagel (M) Sdn. Bhd, piala iringan dan sijil penghargaan selain menerima tajaan untuk menjadi rakan niaga premium ANGKASA.

Daie Muda YADIM merupakan sebuah inisiatif badan dakwah ini dengan kerjasama TV Al Hijrah melahirkan pelapis pendakwah untuk negara ini. Mereka yang menyertai program ini perlu melalui ujian kemasukan sebelum menjalani latihan selama empat bulan di Institut Latihan Dakwah YADIM di Semungkis, Hulu Langat.

Hadir sama dalam program ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif TV Al Hijrah, Namanzee Harris dan  Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Haji Abdul Fattah Haji Abdullah

Tuan Kamarul Arief yang ditemui selepas program berkata, meskipun program musim ini telah selesai, namun para graduan ADMY akan terus dilibatkan dalam pelbagai jalur dakwah selepas ini bergantung kepada kelebihan dan kecenderungan mereka.

Mereka juga ujarnya boleh dimanfaatkan oleh pelbagai agensi agama lain, bukan YADIM semata mata seperti yang telah terbukti pada musim musim sebelumya.

Sementara itu, tiga lagi finalis ialah DMY Nur Husna Mat Ghani yang memenangi Anugerah Tekno Daie, DMY Siti Fatimah Khairuddin (Anugerah Karyawan Daie Muda) dan DMY Muhammad Hafiz Mohamed Din (Anugerah Aktivis Daie Muda).

Dua  lagi pemenang ialah DMY Afeyfah Zulkipli yang membawa pulang Anugerah Ikon Muslimah Muda dan DMY Muhammad Fikri Nazim Nurul Huda (Anugerah Imam Muda).

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *