Home » Citra Yadim » Kejohanan memanah YADIM Kedah – SFAM

Kejohanan memanah YADIM Kedah – SFAM

KUALA KETIL – Memanah bukan semata-mata sukan biasa, sebaliknya ia menjadi sunnah kepada umat Islam untuk mempelajarinya.”

Justeru bertempat Ladang Squad Fisabillillah Al Muntaqin (SFAM) Kampung Selarong di sini, seramai 50 peserta telah menyertai kejohanan memanah dianjurkan YADIM Kedah dengan kerjasama Kelab Memanah Squad Fisabilillah Al Muntaqim pada 2 Disember.

Kejohanan ini merupakan salah satu aktiviti sempena program Bulan Dakwah 3.0 yang sedang berlangsung sehingga akhir tahun ini. Program sebegini mampu menarik minat segenap lapisan masyarakat bahkan dapat menyatupadukan ummah.

Pengisian program dimulakan dengan taklimat mengenai kaedah dan peraturan memanah tradisional sebelum diteruskan dengan aktiviti praktikal memanah khusus berdasarkan silibus yang dirangka kelab memanah SFAM.

Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan.

Seramai 5 orang jurulatih daripada kalangan pemanah tradisional berpengalaman membimbing peserta dalam program ini.

Hadir ke program ini ialah Pengerusi Kelab Memanah SFAM, Encik Hafiz Ramli Pengerusi Sukarelawan Baling Abu Hassan Musa dan pimpinan masyarakat kawasan ini.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *