KOMUNITI Orang Asli di Kelantan turut diraikan dalam kemeriahan Syawal. Sesuai dengan itu, satu majlis jamuan bersempena Hari Raya Aidilfitri telah dianjurkan di Kampung Orang Asli Aring 5, Gua Musang.
Majlis ini merupakan kerjasama antara YADIM Kelantan dengan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Kelantan. Seramai 250 warga Orang Asli telah hadir memeriahkan majlis pada 16 Mei ini.
Perasmian telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh, Yang Berhormat Amran Arifin. Hadir mewakili YADIM Kelantan ialah pengarahnya, Ustaz Mahadi Awang. Turut hadir Tok Batin Aring 5, Encik Raina Anjang dan Penyelaras Pengerak Masyarakat Orang Asli JAKIM bagi Negeri Kelantan dan Terengganu, Ustaz Muhamad Nazmi Abd Halim.
Kanak-kanak Orang Asl yang hadir juga diraikan dengan sumbangan duit raya dari Yang Berhormat ADUN Paloh.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *