Home » Citra Yadim » Program Sambutan Aidilfitri Madani di Surau Tarbiah, Perumahan Awam Sri Sabah

Program Sambutan Aidilfitri Madani di Surau Tarbiah, Perumahan Awam Sri Sabah

LENSA Sekitar Program Sambutan Aidilfitri Madani di Surau Tarbiah, Perumahan Awam Sri Sabah, Kuala Lumpur pada 17 Mei.
Disempurnakan oleh Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail, program ini menyaksikan perkarangan surau dipenuhi tetamu yang datang daripada pelbagai kaum dan latar belakang.
Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanudin Mohd Yunus, timbalannya Dr Adi Anuar Azmin dan Ketua Pegawai Eksekutif, Ustaz Zamri Zainal Abidin juga hadir ke majlis ini.
YADIM terlibat sama dalam penganjurannya menerusi Daie Komuniti YADIM yang ditempatkan di Perumahan Awam Sri Sabah.
Dalam ucapannya Datuk Hasanuddin berkata, Daie Komuniti YADIM akan sentiasa bersama mengimarahkan program program dakwah di Kuala Lumpur pada sebilang masa.
Program ini merupakan anjuran Pertubuhan Dai Kuala Lumpur dengan kerjasama pelbagai pihak seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan banyak lagi.

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *