Home » Langit Terbuka » Ilmu tekankan nilai, akhlak perlu diberi keutamaan – Anwar

Ilmu tekankan nilai, akhlak perlu diberi keutamaan – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Seminar Antarabangsa Imam As-Syafii'i di Pusat Konvensyen Borneo (BCCK) Kuching, Sarawak. - NSTP/NADIM BOKHARI/BERITA HARIAN

KUCHING: Penerokaan ilmu dan teknologi baharu bagi membangunkan negara harus disusuli usaha untuk mengekalkan khazanah ilmu kemanusiaan yang diwarisi daripada ilmuan terdahulu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, ilmu yang menekankan kepada nilai dan akhlak itu perlu diberikan keutamaan, khususnya dalam pembangunan negara MADANI.

 

“Satu aspek yang sangat penting dalam negara MADANI ialah negeri harus makmur dan berkembang, tetapi mesti berakar kepada keyakinan.

“Oleh itu, usaha untuk meneroka ilmu dan teknologi baharu yang penting harus tidak dipisahkan dengan khazanah ilmu kemanusiaan yang mengandungi nilai ehsan, rahmah dan kemanusiaan,” katanya.

 

Seminar dua hari anjuran Jabatan Mufti Sarawak dengan kerjasama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) itu disertai kira-kira 1,300 peserta dari Malaysia, Brunei, Indonesia, Jordan dan Yaman.

Anwar berkata, beliau kagum dengan pendekatan di Sarawak, yang sudah lama mewarisi prinsip ‘li ta’ arafu’, iaitu konsep dalam Islam yang menekankan toleransi dan saling menghormati di antara kaum yang berbeza.

“‘Li ta’arafu’ itu bukan sahaja toleransi, tetapi arif, tahu, kita kenal, kita hormat perbezaan, kepelbagaian. Ini juga menjadi tonggak di Sarawak yang kita harapkan akan dipupuk dalam negara MADANI.

“Ini yang membuatkan saya mencungkil pengalaman Sarawak kerana negeri ini mendepani dalam beberapa hal pembangunan, ekonomi, digital dan teknologi hijau, namun terus mengekalkan khazanah lama sebagai rujukan.

“Negeri harus makmur, berkembang maju tetapi mesti berakar kepada keyakinan dan meletakkan soal nilai dan akhlak sebagai paksi” katanya. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *