Home » Langit Terbuka » 7 orang awam sah maut serangan London

7 orang awam sah maut serangan London

LONDON 4 Jun – Seramai tujuh orang awam disahkan maut dalam serangan pengganas, semalam oleh tiga penyerang yang merempuh pengunjung dengan van di kawasan pejalan kaki di London Bridge sebelum menikam orang ramai di kawasan berhampiran Pasar Borough, kata Ketua Pasukan Polis Metropolitan London, Cressida Dick hari ini.

“Ketika ini disahkan bahawa tujuh orang awam meninggal dunia. Selain itu, seperti yang anda tahu, kami percaya tiga suspek terbunuh,” katanya dalam satu kenyataan disiarkan di televisyen.

Dick berkata, polis percaya bahawa keadaan kini terkawal, namun pegawai-pegawai diperlukan untuk melakukan pemeriksaan rapi di kawasan berkenaan bagi memastikan semua orang selamat dan tiada lagi suspek berada di kawasan itu.

“Keutamaan kami sekarang ialah untuk bekerjasama dengan rakan sekerja dalam rangkaian polis antipengganas kebangsaan dan juga dengan perkhidmatan perisikan dan agensi keselamatan lain bagi memperoleh lebih banyak maklumat mengenai individu-individu yang melakukan serangan ini dan latar belakang mereka,” katanya. – Reuters

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *