Home » Langit Terbuka » 700 Jalur Gemilang lambang cintakan negara

700 Jalur Gemilang lambang cintakan negara

Penduduk di Jalan Pengkalan Kampung Batu 4 Rantau Panjang di sini bersemangat menghias 700 bendera bagi menzahirkan semangat cintakan negara. - Sinar Harian

KLANG – Penduduk di Jalan Pengkalan Kampung Batu 4 Rantau Panjang di sini bersemangat menghias 700 bendera bagi menzahirkan semangat cintakan negara sempena Hari Kemerdekaan ke-65.

Aktiviti menghias jalan kampung dengan Jalur Gemilang pelbagai saiz itu juga merupakan acara tahunan dan dilakukan secara bergotong-royong bagi menunjukkan semangat kemerdekaan dalam diri.

“Atas semangat kemerdekaan kita meneruskan sambutan Bulan Kebangsaan ini bagi kali kedua selepas ia diadakan kali pertama (peringkat kampung itu) pada tahun lalu.

“Sebanyak 700 Jalur Gemilang pelbagai saiz kita pasang dan dijadikan hiasan di sepanjang jalan di sini bagi memastikan sambutan kemerdekaan kali ini lebih meriah dari tahun lepas,” katanya.

Ramlan berkata, kemerdekaan perlu diraikan walaupun negara berada dalam suasana pandemik mahu pun endemik bagi menghargai keamanan yang ada kerana Malaysia negara yang kita cintai.

“Kalau bukan kita siapa lagi yang akan meraikan sambutan kemerdekaan. Kalau bukan sekarang bila pula masa yang sesuai untuk kita menyambutnya (bulan kemerdekaan),” katanya. – Sinar Harian

 

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *