Home » Langit Terbuka » TH SERAH ZAKAT PERNIAGAAN LEBIH RM8 JUTA KEPADA MAINPP

TH SERAH ZAKAT PERNIAGAAN LEBIH RM8 JUTA KEPADA MAINPP

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak (tengah) menyaksikan Pemangku Pengarah Eksekutif Operasi Tabung Haji Mohamed Ameen Abdul Wahab (kiri) menyerahkan replika cek zakat perniagaan kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman (kanan). - Foto Arkib

GEORGE TOWN – Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2020 dan 2021 bernilai RM8,040,457.49 kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) di Sri Mutiara di sini semalam.

 

Pemangku Pengarah Eksekutif Operasi TH Mohamed Ameen Abdul Wahab menyampaikan zakat itu kepada Yang Dipertua MAINPP Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, yang juga Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, dengan disaksikan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

 

Mohamed Ameen berkata bayaran zakat TH untuk Pulau Pinang bagi tahun 2021 ialah sebanyak RM4.05 juta iaitu meningkat 1.3 peratus berbanding RM3.99 juta pada 2020.

 

“Jumlah zakat TH yang diserahkan hari ini ialah untuk dua tahun iaitu 2020 dan 2021 kerana penyampaian bagi 2020 tidak dapat dilaksanakan berikutan pandemik COVID-19.

 

“Jumlah keseluruhan bayaran zakat TH sebanyak RM101.19 juta untuk tahun 2020 turut mencatatkan peningkatan sebanyak 1.41 peratus berbanding tahun sebelumnya,” katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

 

Turut hadir Mufti Pulau Pinang Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor.

 

Mohamed Ameen berkata bayaran zakat ini merupakan tanggungjawab TH sebagai sebuah organinasi Islam yang prihatin dan pihaknya berharap ia akan dapat membantu serta memperbaiki kualiti kehidupan golongan asnaf di Pulau Pinang. – AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *