Home » Citra Yadim » 8 tadika terima naskhah Iqra’ dari SAY Kuala Langat

8 tadika terima naskhah Iqra’ dari SAY Kuala Langat

TELOK PANGLIMA  GARANG – Sebanyak lapan buah tadika di sini menerima sumbangan naskhah kitab Iqra’ daripada Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat pada 2 November.

Para penerima terdiri daripada tiga
tiga buah Tadika KEMAS,tiga buah Tadika PASTI dan 2 buah tadika swasta.

Tadika berkenaan masing-masing terletak di Kampung Sijangkang, Kampung Kebun Bharu,Taman Pahlawan dan Taman Desawira di sini.

Sumbangan ini jelas menceriakan para pelajar dan guru guru tadika berkenaan.

Hadir ke program ini ialah Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan ahli jawatankuasanya.

Sebelum ini, mualaf Orang Asli dan rumah anak anak yatim juga menerima sumbangan naskhah Iqra’ dari SAY Kuala Langat.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *