Jenaka lucah dan lawak tentang rogol hukumnya haram – PMWP

PUTRAJAYA – Jenaka berunsur lucah dan membuat lawak berkaitan rogol bukannya satu perbuatan yang mulia malah, ia ditegah dalam Islam. Perkara itu dipersetujui oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi artikel menerusi artikel Irshad Al-Fatwa Siri Ke 636: Hukum berjenaka lucah dan lawak tentang rogol yang dikongsi PMWP menerusi laman sesawangnya, hari ini. Menurutnya, hukum […]

20 kotak sumbangan untuk mangsa banjir DUN Bukit Lada

BUKIT LADA – Usai menyantuni mangsa banjir di Bukit Pinang, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah bergegas pula ke kawasan ini. 20 kotak sumbangan disampaikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Yang Berhormat Ustaz Salim Mahmood untuk diagihkan kepada mangsa yang terlibat. Hadir menyampaikan sumbangan ialah Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria. […]

50 keluarga India terima sumbangan menjelang Deepavali.

SEBERANG JAYA – Sambutan Deepavali yang bakal menjelang tidak lama lagi, pasti lebih bermakna buat 50 keluarga di sini. Manakan tidak, mereka disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang menerusi pemberian barangan makanan pada 2 November. Program ini berlangsung di dewan makanan Kompleks Kuil Sri Radha Krishna di sini. 50 pek makanan untuk golongan […]

8 tadika terima naskhah Iqra’ dari SAY Kuala Langat

TELOK PANGLIMA  GARANG – Sebanyak lapan buah tadika di sini menerima sumbangan naskhah kitab Iqra’ daripada Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat pada 2 November. Para penerima terdiri daripada tigatiga buah Tadika KEMAS,tiga buah Tadika PASTI dan 2 buah tadika swasta. Tadika berkenaan masing-masing terletak di Kampung Sijangkang, Kampung Kebun Bharu,Taman Pahlawan dan […]

Mangsa banjir DUN Bukit Pinang disantuni YADIM Kedah

POKOK SENA – Hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lalu menyebabkan beberapa kawasan di sini, termasuk Bukit Pinang dilanda banjir. Prihatin dengan nasib penduduk, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah tampil menyalurkan bantuan untuk mengurangkan beban yang dihadapi mangsa. Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria, telah menyampaikan 30 kotak kit sumbangan Musa’adah YADIM […]

YADIM Kedah bersama jayakan Cordoba of Kedah

ALOR SETAR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Kedah akan bersama-sama membantu kerajaan negeri merealisasikan gagasan Cordoba of Kedah ( CoK) dalam pelbagai bentuk program yang dianjurkan.  Terbaharu, pada 1 November, Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria telah menyertai Bengkel Cordoba of Kedah yang dianjurkan oleh Pejabat Exco Agama Pendidikan dan Sumber Manusia […]

Sasar 10 peratus masjid seluruh negara ada koperasi

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyasarkan kira-kira 10 peratus masjid di seluruh negara akan mempunyai koperasi masing-masing bermula tahun hadapan.   Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar, berkata penubuhan koperasi masjid secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi dalam kalangan masyarakat, selain menjadi tumpuan beribadah.   Katanya, Suruhanjaya Koperasi Malaysia […]