Home » Citra Yadim » 80 anak petani, nelayan terima bantuan persekolahan YADIM Pulai Pinang

80 anak petani, nelayan terima bantuan persekolahan YADIM Pulai Pinang

SEBERANG PERAI SELATAN – Situasi Covid-19 belum ada kesudahannya.

Ramai yang terkesan dan menerima kesan terus wabak tersebut, khususnya golongan B40 di negeri ini.

Prihatin dengan situasi tersebut, YADIM Pulau Pinang pada 30 Disember telah menyalurkan bantuan kepada seramai 80 keluarga B40 di kawasan ini.

Mereka terdiri daripada anak anak keluarga nelayan dan petani yang terkesan dengan penularan Covid-19 di sini.

Sumbangan berupa pakaian, kasut, dan beg sekolah ini disampaikan oleh Pegawai Tugas Khas Timbalan Menteri Komunikasi dan  Multimedia, Shafie Kassim.

Hadir sama ialah Penyelaras YADIM Pulau Pinang, Mohd Afifi Ruslan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *