Home » Citra Yadim » Menteri di JPM sampaikan sumbangan di KOA Sungai Berua

Menteri di JPM sampaikan sumbangan di KOA Sungai Berua

KUALA BERANG – Usaha menyantuni masyarakat Orang Asli dijalankan secara konsisten oleh Yayasan Dakwah Islamaiah Malaysia (YADIM).

Terbaharu pada 30 Disember, bertempat di Kampung Sungai Berua di sini, seramai 200 Orang asli menerima sumbangan barangan dapur daripada YADIM Terengganu.

Program ini djayakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan.

Sumbangan berkenaan disampaikan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Dato’ Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang hadir menziarahi mereka.

Tidak sekadar beramah mesra, Dr Zulkifli turut sama membersihkan Surau Al Hidayah di perkampungan Orang Asli berkenaan.

Inisiatif membersihkan surau ini dilaksanakan oleh seramai 19 Sukarelawan YADIM dan kakitangan badan dakwah ini.

Ia menurut Dr Zulkifli bertepatan dengan kehendak Islam itu sendiri yang mementingkan kebersihan.

Hadir sama ke majlis ini ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Yang Berhormat Dato’ Rosol Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pengutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ahmad Shukri Yusof, Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Hashim Salleh serta Pegawai Agama Daerah Hulu Terengganu, Yang Mulia Engku Omar Amiruddin Engku Ali .

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Kelantan dan Terengganu, Syafie Abbas, Pengurus Besar Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, Zabidi Nassan dan Batin Orang Asli Kampung Sungai Berua Rosli Desuh.

Dalam pada itu Tuan Kamarul dalam ucapannya berkata, kehadiran YADIM dan agensi kerajaan menyantuni masyarakat Orang Asli di sini membuktikan kecaknaan terhadap semua pihak tanpa mengira latar belakang mereka.

Sebelum di Sungai Berua, YADIM juga giat menyantuni beberapa lagi komuniti Orang Asli di seluruh negara. Antara komuniti tersebut ialah di Sungai Judah, Selangor, Gua Musang, Kelantan, Paya Sendayan, Pahang, Gerik, Perak dan banyak lagi.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *