Home » Ensiklopedia » Masjid Besar Djenne

Masjid Besar Djenne

Masjid Besar Djenne yang dibina pada tahun 1907 di kota purba Djenné lies ini telah dibina dengan menggunakan selut dan tanah. Meskipun bahan utamanya hanyalah tanah, namun tetap terserlah keunikan sentuhan senibina kaum Saheli – Sudan.

Masjid ini merupakan bangunan terbesar di dunia yang dibina daripada lumpur. Terletak di tengah-tengah bandar Djenne di Mali, ia juga disifatkan sebagai pencapaian terhebat bagi gaya seni bina Sahel (Sudan) dengan dipengaruhi ciri seni bina Islam.

Masjid Besar Djenné sebenarnya menampilkan struktur genius kerana dindingnya yang diperbuat daripada bata lumpur yang dijemur dibawah panas terik matahari. Dinding masjid dibina berasaskan lumpur – mortar dan disalut dengan lebihan lumpur sebagai plaster menjadikan dindingnya mampu melindungi bangunan daripada perubahan suhu yang melampau di siang hari dan pada waktu malam.

Daun palem diselitkan didalam binaan membantu mengukuhkan struktur bangunan dan mampu menyerap keretakan yang disebabkan oleh perubahan kerap pada suhu, manakala alur seramik pula mengalirkan air turun dari bumbung dan jauh daripada dinding di bahagian luar masjid.

Setiap menara ke 3 masjid ini disediakan satu tangga berpusing untuk ke bumbung dan ia dibuat dengan menggunakan kulit telur burung unta. Masjid ini berserta bandar Djenne telah diwartakan sebagai tapak warisan bersejarah UNESCO pada tahun 1988.

Setiap tahun, selepas musim hujan berakhir, kesemua rumah termasuk Masjid Besar Djenne mesti dibaiki. Paling mengagumkan, lebih 4000 orang akan datang secara sukarela untuk membantu membaiki masjid tersebut.

Sumber

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *