Home » Citra Yadim » Remaja didedahkan dengan pengurusan jenazah.

Remaja didedahkan dengan pengurusan jenazah.

KUALA LUMPUR 19 Okt. – Hukum mengerjakan solat jenazah adalah fardu kifayah iaitu sekiranya telah dikerjakan oleh sebahagian umat Islam telah memadai.

Namun, sebagai umat Islam, setiap individu Muslim perlu mempelajari bagaimana mengerjakan solat berkenaan kerana ia merupakan satu ibadah yang memberikan ganjaran yang besar kepada sesiapa sahaja yang melakukannya.

Justeru, menyedari hal demikian, Sukarelawan Al-Falah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) telah mengadakan Program Pemantapan Pasukan Bengkel Pengurusan Jenazah pada 18 Oktober lalu bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kundang.

Eksekutif Kanan Bahagian Bina Ummah Yadim, Shahrizal Mat berkata, program berkenaan adalah anjuran pasukan Sukarelawan Al-Falah Seri Kundang dan disertai oleh 130 pelajar sekolah.

“Program ini bertujuan mendedahkan kepada para pelajar berkenaan mengenai solat jenazah kerana masih ramai yang tidak tahu cara-cara mengerjakan ibadah ini.

“Program ini juga secara tidak langsung memberikan ilmu yang penting kepada para peserta kerana solat jenazah itu juga mempunyai banyak hikmah di dalamnya terutama dari segi memberikan keinsafan kepada orang yang masih hidup,’’ katanya.

Beliau berkata, dalam program itu, para peserta diberi pendedahan mengenai solat jenazah termasuk dari segi praktikal pengurusan jenazah, bermula dari proses memandikan jenazah sehingga solat jenazah, serta amalan-amalan baik anak-anak kepada kedua ibu bapa.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *