Home » Citra Yadim » Kunjungan hormat dari Kemboja

Kunjungan hormat dari Kemboja

KUALA LUMPUR 19 Okt. – Yayasaan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) telah menerima kunjungan hormat dari Sekolah Agama an-Nikmah, Kampung Chenang,  Kemboja pada 17 Oktober lepas.

Delegasi berkenaan yang disertai oleh dua guru sekolah berkenaan iaitu Ustaz Nasir Yusof dan Ustaz Fauzi Yusof serta diiringi oleh Pengerusi Sukarelawan Al-Falah Negeri Sembilan, Ustaz Abdul Latif Mohd Yunos,  telah diberi sambutan oleh Yang Dipertua Yadim, Dr. Yusri Mohamad.

Dalam kunjungan hormat itu, delegasi berkenaan telah mengadakan perbincangan bagi mengadakan kerjasama untuk melaksanakan pelbagai program melibatkan masyarakat Islam di Kemboja.

Sebelum ini,  pasukan Sukarelawan Al-Falah Yadim telah mengadakan Program Khidmat Bakti Kemboja 2016  pada 26 hingga 28 Januari 2016 lalu di kampung berkenaan .

Program itu bertujuan menjalinkan jaringan baik bersama masyarakat dan Pejabat Mufti Negara Kemboja dalam menggerakkan usaha dakwah bil hal secara bersepadu dan menyeluruh di samping menyampaikan sumbangan  kepada masyarakat setempat yang serba kekurangan dalam meneruskan kehidupan serta pembelajaran anak-anak yang bersekolah.

DelegasI Yadim diketuai oleh  sendiri oleh Dr. Yusri dan disertai oleh Ustaz Abdul Latif dan tiga pegawai Yadim yang lain.

Pada program itu Yadim telah menyampaikan bantuan berupa tiga ekor lembu untuk akikah, peralatan sekolah, kerusi pelajar, wakaf perigi sebanyak 10 buah, buku Iqra dan lain-lain sumbangan kepada yang berhak.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *