Home » Langit Terbuka » Saintis Muda Harap Kajian Diagnosis Tibi Boleh Diaplikasi Di Malaysia

Saintis Muda Harap Kajian Diagnosis Tibi Boleh Diaplikasi Di Malaysia

Dr Siti berharap kepada kajian saya 'To Find a Hidden Killer' itu yang mengenal pasti bakteria penyakit Tibi dengan lebih tepat, cepat dan mudah dengan menggunakan alat biomarkers

SEPANG – Saintis muda Malaysia, Dr Siti Kayriyyah Mohd Hanafiah bersedia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan berhubung penggunaan pasangan antibodi-antigen untuk diagnosis penyakit Tuberculosis (tibi) di negara ini.

Pensyarah Muda dari Universiti Sains Malaysia yang dinobatkan sebagai juara dunia dalam pertandingan Famelab International 2018 di United Kingdom baru-baru ini, yakin jika kajian itu berjaya, penyakit tibi dapat dikesan dan dicegah lebih awal.

“Saya berharap kepada kajian saya ‘To Find a Hidden Killer’ itu yang mengenal pasti bakteria penyakit Tibi dengan lebih tepat, cepat dan mudah dengan menggunakan alat biomarkers.

“Namun, kita ada kekangan kewangan dan peruntukkan. Itu lah cabaran saya. Jadi saya berharap untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Kementerian Kesihatan jika ada peluang,” katanya.

Dr Siti, 33, berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *