Home » YADIM MADANI » SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

 

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Perempuan Melayu Melaka dan Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah.
Slot pertama seminar pada 4 Mei ini bermula seawal jam 8:30 pagi dengan tajuk ‘Resolusi Pemimpin’ yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Bahagian Perancangan Strategik YADIM, Cik Nathrah Mohammed Said,
Slot ini diisi dengan pelbagai aktiviti sukan yang mengaplikasikan kemahiran-kemahiran yang perlu ada pada seorang pemimpin.
Slot kedua pula membicarakan perihal Protokol dan Etiket Sosial yang sampaikan oleh Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Du’at YADIM, Encik Zam Zarizal Mad Arifin. Slot ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada bakal-bakal guru memgenai protokol dan etiket terutamnya dalam majlis-majlis rasmi.
Slot terakhir dalam seminar ini pula disampaikan oleh Pengarah YADIM Negeri Sembilan dan Melaka, Ustaz Abdul Halim Ismail.
Dalam slot ini, Ustaz Halim berkongsikan mengenai kemahiran komunikasi terutamanya pada seseorang pemimpin. Perkara ini bagi memastikan bakal-bakal guru ini dapat mengetahui cara berkomunikasi yang berkesan sebelum ditempatkan di sekolah-sekolah.
Majlis Perasmian Penutupan pula bermula dengan ucapan daripada Pengetua Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah Melaka, Puan Zunita Zulkifli stork diikuti Ustaz Abdul Halim sebelum disempurnakan oleh Pengarah IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka, Dr. Hajjah Kartini Abdul Mutalib.

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *