Home » YADIM MADANI » Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah.
YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA, Hidayah Centre Foundation dan Masjid Bandar Baru Ampang telah melaksanakan Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani bersama golongan tersebut pada 5 Mei.
Seramai 40 orang rakan-rakan bukan Muslim menyertai program ini yang dimulakan dengan slot ‘Mosque Tour’, dipimpin oleh Naib Presiden MACMA Kebangsaan, Robert Ta Amir Ta Hon Yu.
Antara pengisian sesi ini ialah penerangan aturan solat dan mengambil wuduk.
Dalam program yang sama, Pengarah Jabatan Operasi Hidayah Centre Foundation, Tuan Noli Husain berkongsi pengalaman beliau dalam berinteraksi golongan bukan Muslim dalam slot pengisian interaktif.
Ucapan perasmian program ini telah disampaikan oleh Pengarah YADIM Negeri Selangor, Encik Mohd Fitri Aziz Mohd Yusof.
Majlis turut dihadiri oleh Penasihat MACMA Kebangsaan Haji Sharin Low, Pengerusi MACMA Selangor, Hajah Sofiah Chong Abdullah dan Nazir Masjid Masjid Bandar Baru Ampang, Haji Zainal Abidin Pilus dan pendakwah mualaf terkenal, Prof Dr. Ridhuan Tee Abdullah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *