Home » Citra Yadim » Penubuhan Sukarelawan Al-Falah Kamunting

Penubuhan Sukarelawan Al-Falah Kamunting

PUTRAJAYA –  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melalui Bahagian Khidmat Komuniti dan Masyarakat (BKMM) meneruskan usaha menyemai semangat kesukarelaan di kalangan masyarakat dengan menubuhkan pasukan Sukarelawan Al-Falah (SAF) di Kamunting, Perak pada 23 Julai lalu.

Pengarah BKKM, Shahrizal Mat berkata, penubuhan pasukan SAF Kamunting  itu telah dirasmikan di Surau Taman Desa Jana, Kamunting dan ditubuhkan atas inisiatif para penduduk setempat yang inginkan lebih banyak aktiviti dakwah dan kesukarelaan dilaksanakan.

“YADIM sangat mengalukan penubuhan pasukan SAF ini kerana ia bakal menjadi pemangkin kepada pelaksanaan pelbagai program kemasyarakat dan membolehkan kami memberikan khidmat bakti kepada penduduk setempat tanpa mengira  agama dan pegangan politik,’’ katanya.

Pesuruhjaya SAF Negeri Perak, Kamariah Baharom,telah menyampaikan ucapan pada majlis berkenaan serta memberikan taklimat penubuhan dan perlantikan struktur organisasi pasukan.

Dalam majlis itu, Mohd Noor Mohamad telah dipilih sebagai Ketua Pasukan SAF Kamunting Perak.

Serentak dengan itu diadakan perbincangan program SAF bersama masyarakat Taman Desa Jana dan pembukaan Kaunter Kutipan Tabung Infaq YADIM

Taklimat penubuhan ini melibatkan Jawatankuasa penduduk, Jawatankuasa Surau Al-Munawarah, dan jawatankuasa baru SAF.

SAF Kamunting Perak ini meliputi wakil dari enam buah taman di sekitar Kamunting iaitu Taman Desa Jana,  Taman Desa Murni,  Taman Desa Jana Indah,  Taman Desa Jana Permai, Taman Desa Jaya dan  Taman Desa Sofia.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *