Home » Citra Yadim » Kembara Mualamah Masjid 2018 : Masjid Kamunting Perak beri sambutan hangat

Kembara Mualamah Masjid 2018 : Masjid Kamunting Perak beri sambutan hangat

KAMUNTING – Masih ramai di kalangan orang Islam di negara ini tidak mempunyai maklumat yang tepat mengenai sistem kewangan Islam dan tidak tahu membezakan di antara sistem Islam dan konvensional.

Justeru, dalam menangani permasalahan ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melalui Unit Pembangunan Muamalah, Bahagian Pembangunan Ummah meneruskan penganjuran program Kembara Muamalah

Program berkenaan telah diadakan pada 22 Julai lalu, bertempat di Surau Al-Munauwarah, Taman Desa Jana, Kamunting, Taiping, Perak dan diselaraskan oleh Eksekutif Kanan YADIM, Muzaffar Abdul Rahim.

Beliau berkata,  Unit Muamalah sangat komited  membantu mempromosikan sistem perbankan Islam kerana masih ramai di kalangan anggota masyarakat yang tidak memahami secara mendalam mengenai sistem berkenaan.

Katanya, program berkenaan akan diadakan di kawasan-kawasan lain berdasarkan permintaan daripada masyarakat setempat.

Jelasnya, program di Kamunting telah mendapat kerjasama daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Surau Al-Munawarah, Taman Desa Jana, Kamunting serta Unit Sukarelawan Al-Falah YADIM.

“Slot aktiviti pula telah diisi oleh ceramah yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan (Takmir) Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Perak, Ustaz Muhammad Imran Ibrahim,’’ katanya .

Dalam ceramahnya, beliau menyeru supaya semua pihak menggunakan instrumen kewangan Islam kerana ia penting dalam pembinaan generasi masa hadapan.

Beliau turut menekankan usaha membantu membangunkan sistem muamalah dan ekonomi Islam supaya dapat berdiri sendiri dan seterusnya dapat memperkukuhkan sektor ekonomi patuh syariah.

Jelasnya, orang Islam mesti memahami dan dapat membezakan sistem muamalah Islam seperti sistem perbankan Islam dengan  konvensional.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *