Home » Citra Yadim » Program gerak gempur al-Quran  YADIM Zon Sabah

Program gerak gempur al-Quran  YADIM Zon Sabah

KOTA KINABALU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah bersama  Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah ( ITQAS)  dan Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran Sabah bermuafakat untuk melaksanakan usaha meningkatkan penguasaan al- Quran dalam kalangan pelajar sekolah di negeri ini.

Sebagai permulaan, Sekolah Kebangsaan Bantayan, Tamparuli, Tuaran telah dipilih sebagai sekolah perintis bagi melaksanakan program berkenaan yang melibatkan seramai lapan orang pelajar ITQAS sebagai pembimbing.

Program di sekolah berkenaan diketuai oleh Daie YADIM Tamparuli, Ustazah Anissah Kifli dan akan berlangsung dalam tempoh dua bulan.

Selaras dengan visi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang berobjektifkan perluasan dakwah, maka YADIM sentiasa komited dalam memperkasakan apa jua bentuk agenda dakwah massa.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *