Home » Langit Terbuka » Akhir tahun laksana kod etika pakaian pekerja wanita Islam

Akhir tahun laksana kod etika pakaian pekerja wanita Islam

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia bersama Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bekerjasama merangka kod etika berpakaian untuk pekerja wanita Islam di sektor swasta, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memastikan kod etika berpakaian untuk pekerja wanita Islam di sektor swasta yang kini dalam fasa akhir, dilaksanakan selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) bersama Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut bekerjasama merangka kod etika itu.

“Dalam fasa akhir ini, kita harap dapat keluar garis panduan yang akan dibawa kepada panel syariah untuk lihat kesesuaiannya. Kemudian kita hantar balik kepada JTKSM yang akan keluarkan kod etika pakaian pekerja wanita Muslim di sektor swasta.

“Maknanya, kami tak biarkan isu ini berlalu begitu saja, tapi kita ambil inisiatif berkaitan isu aurat pekerja wanita Islam,” katanya ketika menggulung perbahasan titah Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Mujahid berkata, penekanan diberikan kepada sektor swasta kerana sektor awam sudah mempunyai garis panduan sedemikian.

Katanya, Jakim turut dilantik menganggotai jawatankuasa menangani diskriminasi di tempat kerja.

“Melalui kerjasama ini, diharap tiada lagi isu diskriminasi kepada wanita Islam, khususnya untuk isu pakaian dan mengamalkan pegangan agama dalam kehidupan seharian mereka”.

 

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/08/06/menteri-akhir-tahun-laksana-kod-etika-pakaian-pekerja-wanita-islam/

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *