Home » Langit Terbuka » Kad prabayar dikecualikan SST

Kad prabayar dikecualikan SST

Menteri Kewangan memberi jaminan untuk memperbaiki setiap kelemahan yang wujud dalam pelaksanaan sistem SST (contohnya isu kad pra bayar) demi kebaikan semua pihak

KOTA KINABALU – Pembelian kad tambah nilai prabayar akan dikecualikan daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) serta-merta.

Pengumuman itu dibuat Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika berucap dalam Majlis Taklimat Pelaksanaan SST di sini hari ini.

Beliau turut memberi jaminan untuk memperbaiki setiap kelemahan yang wujud dalam pelaksanaan sistem percukaian tersebut demi kebaikan semua pihak.

“Malaysia tiada pilihan untuk melaksanakan cukai ini bagi menggantikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk mengelak negara berdepan dengan masalah defisit.

“Dalam masa sama, kerajaan akan memastikan pelaksanaan SST ini juga tidak akan membebankan rakyat sekali gus meningkatkan ekonomi negara,” katanya di sini hari ini. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *