Home » Langit Terbuka » Kerajaan tidak akan ratifikasi ICERD

Kerajaan tidak akan ratifikasi ICERD

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan

PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini menegaskan tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Menurut kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri, kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebaliknya akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi ICERD.

“Kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini,” kata kenyataan itu di sini hari ini. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *