Home » Langit Terbuka » Rakyat bertanggungjawab pertahan perlembagaan negara – TMJ

Rakyat bertanggungjawab pertahan perlembagaan negara – TMJ

Tunku Mahkota Johor berkata, rakyat juga seharusnya tidak melupakan tradisi, warisan dan sejarah yang berlaku di negara ini - Foto Twitter HRH Crown Prince of Johor

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, setiap rakyat negara ini bertanggungjawab untuk mempertahankan perlembagaan negara.

Tunku Ismail berkata demikian sebagai jawapan kepada pertanyaan pengguna laman sosial Twitter mengenai isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Tunku Ismail berkata, tanggungjawab itu juga merujuk kepada perlembagaan negeri dan negara.

“Saya secara peribadi percaya ia adalah tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk mempertahankan perlembagaan.

“Sama ada ia adalah perlembagaan negeri atau pun negara,” katanya menerusi laman Twitter rasminya.

Tunku Ismail berkata, rakyat juga seharusnya tidak melupakan tradisi, warisan dan sejarah yang berlaku di negara ini.

“Menjadi liberal dalam pembangunan dan inovasi adalah bagus tetapi kita tidak seharusnya lupa tradisi, warisan dan sejarah kita,” katanya. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *