Home » Langit Terbuka » TPM tiba di Arab Saudi untuk Sidang Kemuncak OIC

TPM tiba di Arab Saudi untuk Sidang Kemuncak OIC

Bersama Timbalan Perdana Menteri ke Sidang Kemuncak OIC ialah Menteri Luar. - Foto Malaysian Insight

MAKKAH – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di sini untuk menyertai Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Sesi Ke-14 yang bermula 31 Mei (Jumaat).

Pesawat membawa Timbalan Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah pada jam 3.45 petang (waktu tempatan).

Dr Wan Azizah yang mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak itu, diiringi Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, dan pegawai kanan kerajaan dari Pejabat Timbalan Perdana Menteri serta Kementerian Luar.

Bertemakan ‘Sidang Kemuncak Makkah: Bersama-sama Menuju Ke Arah Masa Depan’, sidang kemuncak itu dijangka dihadiri pemimpin negara anggota OIC untuk bersatu menegakkan pendirian berhubung isu dan peristiwa yang sedang melanda dunia Islam.

Sidang kemuncak itu akan dipengerusikan Penjaga Dua Kota Suci Islam, Raja Salman Abdulaziz Al Saud. – Bernama

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *