Home » Langit Terbuka » Masih tunggu jawapan Arab Saudi

Masih tunggu jawapan Arab Saudi

Perbincangan mengenai tambahan kuota haji Malaysia kini adalah antara kepimlinan tertinggi negara ini dan Arab Saudi. Foto KRJogja.com

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih menunggu jawapan daripada kerajaan Arab Saudi berhubung permohonan tambahan kuota untuk 10,000 lagi jemaah haji dari negara ini tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof menjelaskan, permohonan tersebut kini diperingkat perbincangan kepemimpinan tertinggi kedua-dua buah negara.

“Itu betul-betul berada di pihak Arab Saudi, jika mereka nak bagi mereka akan bagi, jika mereka tak bagi tetap tak bagi. Tapi kita berusaha dengan apabila dapat nanti boleh meringankan sikit waktu menunggu yang panjang, doakanlah.

“Peringkat sekarang ini adalah terletak di peringkat perbincangan kepemimpinan tertinggi, bukan lagi peringkat menteri atau kedutaan, jika begitu biarlah kita serahkan pada pemimpin atasan, sama-sama peringkat di antara mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Zakat Korporat di Bangi di sini.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini telah menghantar surat rasmi kepada kerajaan Arab Saudi berhubung permohonan tambahan kuota untuk 10,000 lagi jemaah haji tahun ini.- Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *