Home » Citra Yadim » Pendedahan Kepada Fiqh Wanita Merangkumi Hukum-Hakam, Ibadah Dan Tuntutan Syariat Dalam Kehidupan Seharian

Pendedahan Kepada Fiqh Wanita Merangkumi Hukum-Hakam, Ibadah Dan Tuntutan Syariat Dalam Kehidupan Seharian

KUALA KRAI – Ilmu menjadi asas kepada amalan, manakala kefahaman yang benar menjadi panduan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Muslimah.

Bertempat di Bilik Seminar Pakar, Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai, telah berlangsung program Fiqh Wanita: Memahami, Mengamalkan, Mendekatkan Diri Kepada Allah.

Program pada 25 November anjuran YADIM Negeri Kelantan dengan kerjasama HSIP dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli ini disertai seramai 50 peserta terdiri daripada jururawat dan kakitangan hospital.

Ia telah menampilkan Ketua Cawangan Bahagian Agama dan Kaunseling IPD Jeli, Ustazah Norillaili Che Derahman, sebagai penceramah.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah HSIP, Dr. Mohd Azmi Yaakob, selaku tuan rumah. YADIM Negeri Kelantan dalam program ini diwakili oleh Penolong Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Muhammad Nur Iqbal Mohd Shafie.

Melalui perkongsian ilmu ini, para peserta didedahkan dengan kefahaman berkaitan fiqh wanita yang merangkumi aspek hukum-hakam, ibadah dan tuntutan syariat dalam kehidupan seharian. Pengetahuan ini amat penting agar setiap wanita Muslimah dapat melaksanakan ibadah dengan lebih yakin, memahami tanggungjawab sebagai hamba Allah SWT serta mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha dakwah dan penyebaran ilmu seperti ini terus diperkasakan demi melahirkan masyarakat yang berilmu, beramal dan bertakwa.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *