Home » Langit Terbuka » Masuk waktu Subuh di KL, Labuan dan Putrajaya lewat 8 minit bermula esok

Masuk waktu Subuh di KL, Labuan dan Putrajaya lewat 8 minit bermula esok

Keputusan melewatkan waktu solat Subuh itu dipersetujui dalam Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-116 pada 20 hingga 21 November 2019 lalu,kata Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - Foto Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR – Bermula esok, masuk waktu Subuh bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dilewatkan lapan minit berbanding takwim solat sedia ada.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, berkata tambahan lapan minit seperti yang dilaksanakan di Selangor bermula hari ini (29 November) berikutan penukaran nilai kedudukan matahari bagi kiraan waktu Subuh daripada 20 darjah di bawah ufuk kepada 18 darjah.

Beliau berkata, setiap darjah dikira empat minit, maka dua darjah menjadikan tambahan lapan minit.

Katanya, pada dasarnya keputusan itu dipersetujui dalam Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-116 pada 20 hingga 21 November 2019 lalu.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankannya untuk dilaksanakan di Wilayah Persekutuan selepas disyorkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan dan juga Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan.

“Kami akan bahaskan secara khusus berhubung hukum solat Subuh yang sudah dilakukan sebelum ini berdasarkan kepada takwim sedia ada, dalam masa yang terdekat,” katanya dalam satu kenyataan. – Bernama

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *