Home » Langit Terbuka » Pengurangan kadar tol 18 peratus seawal 1 Februari ini

Pengurangan kadar tol 18 peratus seawal 1 Februari ini

Tiada kenaikan kadar tol sehingga tempoh konsesi tamat selama 38 tahun iaitu dari 2020 hingga 2058, kata Perdana Menteri. - Foto SoyaCincau.com

KUALA LUMPUR – Pengurangan kadar tol sebanyak 18 peratus bagi pengguna kenderaan persendirian di semua lebuh raya milik PLUS Malaysia Bhd (PLUS) akan dilaksanakan seawal 1 Februari ini.

Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, keputusan berkenaan akan memastikan tiada kenaikan kadar tol sehingga tempoh konsesi tamat selama 38 tahun iaitu dari 2020 hingga 2058.

“Tiada sebarang bayaran akan dibuat oleh kerajaan kepada PLUS sebagai timbal balas berikutan pengurangan kadar tol berkenaan.

“Kerajaan tidak lagi akan menanggung beban membayar pampasan kepada PLUS, di mana kerajaan bakal mendapat penjimatan yang dianggarkan sebanyak RM42 billion sepanjang tempoh konsesi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, pada 17 Januari.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan, bayaran tol semua lebuh raya milik PLUS diturunkan 18 peratus tahun ini dan kadar itu kekal sehingga tamat tempoh konsesi lanjutan pada 2058.

Dr Mahathir berkata, langkah itu diambil selepas kerajaan memutuskan untuk tidak menjual PLUS kepada mana-mana pihak dan mengekalkan pemilikan sahamnya oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *