Home » Langit Terbuka » Selidik maklumat sebelum sebar

Selidik maklumat sebelum sebar

Mufti Wilayah Persekutuan berkata, masyarakat perlu bersama-sama menjadi ejen membanteras berita palsu yang kebelakangan ini banyak disebarkan menerusi media sosial dan aplikasi pesanan ringkas. - Foto MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Rakyat perlu memberi sokongan penuh terhadap langkah yang diambil oleh Kementerian Kesihatan bagi mengawal penularan coronavirus baharu (2019-nCoV) di negara ini.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata masyarakat juga diminta mematuhi nasihat pihak berkuasa.

Pada masa sama, katanya, masyarakat perlu bersama-sama menjadi ejen membanteras berita palsu yang kebelakangan ini banyak disebarkan menerusi media sosial dan aplikasi pesanan ringkas.

“Tanamkan disiplin dalam diri untuk menyelidik terlebih dahulu setiap berita yang diperoleh di media sosial.

“Lazimilah solat hajat dan doa munajat kepada Allah SWT dengan doa yang ma’thur sebagaimana yang dibacakan oleh Rasulullah SAW,” katanya dalam penulisan Bayan Linnas yang dimuat naik di laman web rasminya, pada 29 Januari.

Dalam artikel itu juga, Zulkifli turut menyenaraikan lapan nasihat yang diharap menjadi panduan kepada masyarakat dalam berdepan ancaman penularan 2019-nCoV.

Antara nasihatnya, masyarakat perlu ‘tabayyun’, iaitu menyelidik kesahihan setiap maklumat yang diperoleh dan mengambil langkah pencegahan seperti menjaga kebersihan diri dan tidak berada di tempat yang berisiko tinggi serta mengucapkan Istirja’.

Orang ramai juga diminta menjaga kesihatan dan kebersihan yang juga satu perkara yang diperintah syarak.

Selain itu beliau turut menjelaskan kerajaan boleh mengambil tindakan kuarantin bagi memastikan penyakit atau wabak tidak tersebar. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *