Home » Citra Yadim » YADIM Peduli: Ziarah Prihatin Musa’adah Pasca Covid-19 di Paka, Kemasik, Kijal

YADIM Peduli: Ziarah Prihatin Musa’adah Pasca Covid-19 di Paka, Kemasik, Kijal

PAKA – Musibah yang dibawa oleh Covid-19 berlarutan hingga kini dan masih ramai yang menerima kesan wabak berkenaan.

Prihatin dengan keadaan ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 19 Ogos telah mengadakan program YADIM Peduli: Ziarah Prihatin Musa’adah Pasca Covid-19 di Paka, Kemasik dan Kijal.

Seramai 230 keluarga yang dikenalpasti terkesan dengan wabak Covid-19 telah menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM dalam program ini.

Program ini mendapat kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Terengganu dan Persatuan Nelayan Kawasan Kemasik. YADIM diwakili oleh Pengarah Terengganu, Mahadi Awang dan tiga kakitangannya. Hadir sama ialah Pengurus Persatuan Nelayan Kawasan Kemasik, Zakaria Mamat dan wakil nelayan kawasan Kemasik, Mohd Yunus Yusuf.

Program dimulakan dengan simbolik penyerahan barangan kepada 15 keluarga dari Kampung Penunjuk, Kampung Tanah Lot, Kampung Baru dan Kampung Pantai Laut oleh Mahadi, sebelum pengagihan seterusnya dilaksanakan oleh LKIM dan persatuan nelayan kawasan.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen YADIM Terengganu menyantuni 1,000 keluarga nelayan di negeri ini yang terkesan dengan musibah Covid-19.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *