Home » Citra Yadim » 250 Asnaf Kampung Semanyir terima sumbangan YADIM Johor

250 Asnaf Kampung Semanyir terima sumbangan YADIM Johor

MERSING – Seramai 250 asnaf dari Kampung Semanyir di sini menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 7 November.

Sumbangan itu disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam program Musa’adah Covid-19 di Sekolah Rendah Integrasi Islam (Sriti) Annur di sini.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Endau, Hajah Alwiyah Talib, Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdullah dan Kadi Mersing, Khairudin Salimin.

Hadir sama ialah Pengerusi Sriti Annur Ahmad Mamat dan ketua ketua agensi Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Program ini sebahagian daripada pengisian rangka lawatan Dr Zulkifli ke Mersing dan Kuala Pilah.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *